Sunday, March 28, 2010

BERSAMAMU KG JAWA KELANG

AWAL MUSIM LALU KONSEP BERSAMAMU LEBIH KEPADA ORANG YANG SAKIT TERUTAMANYA REMAJA ATAU KANAK-KANAK.JADI TEMAN PUN MENDAPAT UNDANGAN UNTUK MERAKAMKAN KISAH ADIK SAIFUL AZAM YANG KOMA DI KELANG SELANGOR.



KETIKA SAMPAI DIRUMAH SAIFUL AZAM BELIAU MASIH DIHOSPITAL TUANKU AMPUAN RAHIMAH KELANG KERANA DALAM PROSES RAWATAN SUSULAN.

JADI TEMAN BERSAMA KREW BERSAMAMU PUN MENUNGGULAH DI RUMAH.TAK LAMA KEMUDIAN SAIFUL PUN SAMPAI DENGAN MENAIKI AMBULAN.

RAMAI KAUM KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN MENUNGGU KEPULANGAN SAIFUL YANG TINGGAL DI WAD SEJAK DUA BULAN LALU.


HIBA HATI TEMAN BILE MELIHAT KEADAAN SAIFUL YANG SUDAH TIDAK MAMPU BERKATA-KATA CUMA DAPAT MENYEBUT PERKATAAN MAK SEKALI SEKALA.



SYAFIQA JUGA TIDAK DAPAT MENAHAN AIR MATA NYA DARI MENGALIR DERAS.GAMBAR YANG TEMAN PAPARKAN INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYE.SEMUGA KELUARGA ADIK SAIFUL AZAM DIBERI KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN INI.

BERSAMAMU TELUK INTAN

KISAH KALI INI LEBIH MENYAYAT HATI APA IDAKNYER ADIK SHAMSUL HAZIQ 14 TAHUN YANG KOMA DI PANAH PETIR SEJAK DUA TAHUN YANG LALU KAMI KUNJUNGI.KAMI KE SUNGAI MANIK TELUK ENSON SEKARANG DEME PANGGIL TELUK INTAN DI PERAK MELIHAT DENGAN LEBIH DEKAT PENDERITAAN YANG DITANGGUNG OLEH ADIK SHAMSUL.

TEMAN IDAK LER PERGI SORANG TETAPI BERSAMA KREW BERSAMAMU SIAPA LAGI KALAU BUKAN PENGACARA CANTIK JELITA NURSHAFIQA DAN PENERBIT YANG HEBAT KAMARUZAAIN.



NAK JADI CERITER PENERBIT TEMAN TELAH DISERANG APENDIK PADA HARI PERTAMA PENGGAMBARAN DIJALANKAN.APALAGI PANIK LER COMPERE KITA SI SYAFIQA TU.BILE PENERBIT MASUK WAD UNTUK OPERATION TERPAKSA LER TEMAN JADI PENGARAH NYER.


NASIB BAIK ADA KAWAN TEMAN YANG NAMA IWAN BUDAK BAGAN SERAI IKUT SEKALI, DEME TU LAH YANG TOLONG HANTAR ZAIN KE HOSPITAL TELUK INTAN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN.

KISAH ADIK SHAMSUL MEMANG TEMAN SEDIH BEBENOR MASA SHOOTING TU.TOROYAK TEMAN DIBUATNYER. APA YANG BUAT TEMAN TOROYAK ADALAH KETABAHAN EMAK DAN AYAH SHAMSUL MENJAGANYER SETELAH TRAGEDI YANG MENYAYAT HATI SEMASA SHAMSUL DI PANAH PETIR SEWAKTU BERMAIN BOLA SEPAK KETIKA DERJAH ENAM.



KINI SHAMSUL KOMA DAN TERLANTAR DIRUMAHNYA NAMUN RAMAI YANG BERSIMPATI DENGAN KELUARGA INI TELAH MENGHULURKAN BANTUAN DAN SUMBANGAN TERMASUK DARI YANG BERHORMAT SUNGAI MANIK.

SEMUGA KELUARGA INI TABAH MENGHADAPI DUGAAN DAN UJIAN DARI ALLAH S.W.T.

BERSAMAMU PARIT HJ AMAN, BAGAN SERAI


BERSAMAMU KALI INI YEOP KIDAI SEMPAT LER NGINTEI KE PARIT HAJI AMAN BAGAN S ERAI PERAK, MISINYA UNTUK MENCARI SEORANG IBU TINGGEI YANG SUAMI NYA HILANG ENTAH KEMA NE! NAME DEME JAMILAH ALI YANG TERPAKSE MEMBESARKAN LIMA ORANG ANAKNYA BERSENDIRIAN TANPA KELIBAT SEORANG SUAMI.BERSAMA PERANTARA BERSAMAMU SITI NUR SYAFIQA AMIRUL MELVIN DENGAN DITEMANI PENGACARA POPULAR MAJALAH 3 NURUL SYUHADA NURL AIN MOHD ZAIN JUGA PENERBIT ZAIN SERTA TEMAN IAITU YEOP KIDAI MENYELAMI ISI HATI YANG TERSIRAT.......


SELAMA TIGA HARI BERKAMPUNG DI PARIT HJ AMAN PELBAGAI AKSI DAN KERENAH YANG DAPAT DILIHAT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN. ANTARANYA KETIKA SCENE MENANGKAP BELUT OLEH BUDAK-BUDAK KAMPUNG, KETIKA SYAFIQA DAN NURUL BERJALAN DITENGAH SAWAH BENDANG TIBA-TIBA MEREKA TERPIJAK SARANG SEMUT MERAH.... APA LAGI TERDENGAR NURUL KATA ADUUHH... TERLOMPAT-LOMPAT LAH MEREKA MENAHAN KEPEDIHAN... BAK KATA SHAHNUN PENERBIT 999.... KESIAAANNNN....UDAH ROPE ITU NAK BUAT MACAMMANA.

Add Image
RUMAH PUSAKA YANG DIDIAMI KELUARGA MISKIN INI SEMEMANGNYA SUDAH TERLALU USANG.LANTAI BAHAGIAN ATASNYA SUDAH REPUT.HANYA WAHAB AJA YANG BERANI TIDO DIATAS . UNTUK MAKLUMAN WAHAB ADALAH BAPA SAUDARA KANAK-KANAK MALANG INI.


PENERBIT KAMI KAMARUZAAIN KADIR ATAU ZAIN SENTIASA MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA SYAFIQA DAN JUGA NURUL. SAKSIKAN KISAH TRAGIS INI DALAM BERSAMAMU TV 3 PADA 6 APRIL NANTI. SELAMAT MENONTON.


Wednesday, March 24, 2010

daging landak best





kalau sedaro nak tau daging landak antaro binatang eksotik yang paling sodap sekali kalau masak lomak cili api tapi kono salai dulu kalau tak cayo cubo lah dulu nanti bagi tau den.kek longgeng nogori sembilan ado orang ternak landak secaro komersial.sekilo daging landak rm80.

1 comments:

zakzak said...

eh?bukan landak ni haiwan yg dilindungi ke?
n satu lagi, halal ke makan landak ni?

Pemburu Anaconda Malaysia - Hebat...





Siapo sangko pengacaro cantik jelito Majalah Tigo Nurul Shuhada Nurul Ain borani pogang ular sawo godang.Kok tak pocayo cubo tengok gambar ni.Dio picit kopalo ular sawo tu sampai nak pengsan ular tu di buek ehh. kesiannn.tapi penerbit kito Hajjah Mazlin Nordin atau golar ehh Cik Inn bukan check out lagi borani di tating eh ular sawo tu macam anak kucing yoo.Itu sedikit sebanyak kisah pemburu anaconda malaysia dalam majalah tigo 3 jan 2009.selamat menonton.

Dapek begamba dongan Tun Mahathir






Bukan sonang nak jumpo bokeh perdano montori kito yang di kasihi lagi di hormati Yang amek berbahagio Tun Doktor Mahathir.baru baru ni eden berpeluang berjumpo dan bergamba dongan Tun semaso Tun M dan Tun Siti poei melawat kampong orang asli Sungai Tiang dokek Taman Royal Bolum Tasik Banding Perak.Nak tau rahsio eden kono monyamar jadi orang asli Sungai Tiang baru dapek ambik gamba mo Tun M.Tapi Tun M tak pocayo sobab dio kato mano ado orang asli hansem macam den.Ha ha ha...... yang sobonar eh eden poei kampung Sungai Tiang tu sobab ado kojo ambik gamba vip.Lagi satu pengalaman monarik maso kek situ eden dapek menjadi penyanyi undangan bersamo Band Kumpulan Orang Asli Sungai Tiang, malam tu den nyanyi lagu A.Ramlie " konangan mongusik jiwo"elok handa ehh.Maklum lah ponginapan di tajo oleh Belum Rainforest Resort Pulau Banding.Terimo kasih Brader Sam dan Cik Lan serta Tan Sri Emkay.Ado kawan den sorang tu namo dio Din Beramboi kuek molatah pulak tu dio banyak buek orang golak.Apo laei ado yang tokoncing dalam suar.Kok ado poluang laei den nak torai tido kek kampong orang asli plak......

Manan dan keluarga - Bersamamu






Bersama mu kali ini saya bersama krew kerumah Manogaran dan isteri Kumutuvalli di tanah kebun Parit Buntar Perak.Manogaran yang lebih mesra dipanggil Manan oleh penduduk kampung mengalami kecederaan di kaki kanan yang patah sejak12 tahun lalu.
penerbit bsm Kamaruzaain Abdul Kadir dengan di bantu oleh wartawan Fathin Saphiya dan pelatih Suriya Hanum berkampung dirumah manan selama tiga hari.program bsm sempena sambutan perayaan deepavali ini mendapat perhatian sebuah badan ngo iaitu yayasan vijayaratnam.keluarga malang lagi miskin ini menggunakan air parit didepan rumahnya untuk tujuan mandi dan membasuh pakaian sejak dahulu kala lagi.sementara itu bekalan api letrik hanya dapat dinikmati keluarga ini setelah kisahnya disiarkan dalam tv3.manan berharap suatu hari nanti kakinya yang patah dapat disambung semula.

kisah pilu menjelang syawal - bersamamu






Bila tiba hari raya semua insan bergembira tetapi bagi dua bersaudara ini tiada siapa yang mahu ambil tahu nasib mereka.Kedua-dua warga emas ini yang dilahirkan normal namun ketika meningkat dewasa mereka diserang sejenis penyakit yang di panggil mascular distrophy iaitu penyakit yang melumpuhkan saraf.Beginilah perjalanan hidup pakcik Othman 59 tahun dan adik nya Mokhtar 58 yang tinggal berdua disebuah pondok usang di bota kiri perak sejak kematian ibunya kira-kira 13 tahun lalu.Tuhan itu maha kaya lantaran itu seorang ibu tua yang tinggal berjiran dengan mereka begitu gigih membantu dan menghantar makanan setiap hari kepada dua insan oku ini tanpa mengenal erti jemu......Allah saja yang akan membalasnya.penderitaan serta keperitan yang dilalui oleh pakcik Othman dan pakcik Mokhtar setiap kali mereka menyuap rezeki Allah.....hanya Allah saja yang mengetahui... saya yang diberi kesempatan untuk melihat sendiri dengan mata dan kepala bagaimana mereka makan membuatkan hati dan jiwa saya yang kerdil ini begitu luluh sekali.tak perlu lah saya bercerita dengan panjang lebar... saudara tonton lah sendiri dalam program BERSAMAMU TV3 pada jam 9.30 malam 24 september 2008.sekiranya ada insan yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas bolehlah menghubungi saya aboh lang.semuga sumbangan kita yang sedikit ini dapat memberikan sekelumit cahaya idulfitri kepada dua pakcik malang ini menyambut hari lebaran .wassalam.
3 comments

wow meriah nye datin alin kawen







dengan tak disangka2 krew iktibar tragedi untuk program hari raya ia itu wartawan nya shahnun hanif dan saya aboh lang yang membuat penggambaran di kuala nerang kedah baru2 ini berkesempatan menghadiri majlis pernikahan rakan setugas norazlina redzuan dengan datuk yusof anuar di kangar perlis.apa lagi kami pun yang tidak bersedia dengan dress code yang sesuai pergilah mewakili jabatan majalah tv3.rupe-rupanye ramai lagi geng2 sri pentas yg datang meraikan pengantin baru ini seperti maria tunku sabri,azizah ariffin,aziah jasmin dan ramai lagi.majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa alin sendiri datuk redzuan.hantaran nya cantik2 belaka.walau pun hujan turun pada awalnya namun majlis ini tetap meriah, puluhan wartawan dan jurugambar barasak-asak mengabadikan kedua-dua mempelai....selamat pengantin baru buat datin norazlina dan datuk yusof anuar semuga kekal hingga ke anak cucus....

krew misteri nusantara sesat lah pulak...







baru-baru ini krew misteri nusantara tv3 telah di tugaskan ke bukit seraya bukit mertajam untuk menjejaki sebuah kolam air lama yang dahulu nya digunakan utk membekalkan air kepada stesyen keretapi bukit mertajam .krew mn terdiri dari shahnun hanif sebagai wartawan manakala mona dan opie sebagai wartawan pelatih sementara aboh lang sbg cameraman.kami di temani 6 penduduk kampung berhampiran utk mencari kolam dan juga sebuah air terjun.perjalanan selama beberapa jam ini membuahkan hasil walau pun ramai dari mereka sudah berpuluh tahun tidak kemari.shahnun yang terkenal dengan keberaniannya tiba2 di resapi perasaan takut dan gayat ketika meniti tembok kolam setinggi 10 meter ini.(tengok gambar shahnun mengensot dengan muka pucat lesi)shahnun tidak berani berjalan dan cuma memberi arahan melalui hand phone saja.setelah selesai shooting kat kolam kami menyusuri denai utk mencari sebuah air terjun yang dikenali sebagai air terjun tok janggut.nasib kami baik tidak berapa lama kemudian bertemulah air terjun yang penuh misteri ini.air terjun setinggi 5 meter ini dikatakan mempunyai sejurai akar yang menyerupai janggut.nak jadi cerita.... dua wartawan pelatih kami ia itu mona dan opie telah bergambar serta mengambil air terjun terbabit utk diisi kedalam botol mineral.setelah selesai kami pun pulanglah... tetapi tak jumpa jalan keluar... maknanya kami sudah tersesat.krew misteri nusantara tersesat lah pulak.mona dan opie dah panik takut kena tidur dalam hutan.mengikut cerite orang kampung air terjun tok janggut adalah tempat puteri bunian bermandi manda.agaknya deme udah marah tempatnye di kacau ganggu...lu pikir lah sendiri.setelah hampir tiga jam tersesat akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar... syukur alhamdulillah.

Bertemu Tengku Puteri Intan Syafinaz

Semasa pengambaran majalah 3 di istana anak bukit, saya bersama krew telah menemubual Tengku Puteri Intan Syafinaz. Tengku Puteri telah memberikan layanan yang sangat istimewa kepada kami. Tengku Puteri juga seorang puteri raja yg berjiwa rakyat. Kami sempat bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan.

Sambutan Jubli EMas SulTan Kedah

Baru2 ini..saya berpeluang membuat pengambaran untuk program majalah 3 terbitan tv3..sempena ulang tahun ke-50 pemerintahan kebwh duli yg maha mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah darul Aman. Semasa pengambaran, saya dapat bertemu dengan baginda sultan. Saya dapat melihat istana yg sungguh indah iaitu istana anak bukit..disana saya dan penerbit kamarul zain dapat melawat mini zoo milik tuanku. Pelbagai jenis haiwan terdapat disana seperti burung exotic ,rusa, kuda padi, ikan arowpaima dan lain-lain. Gambar ini dirakamkan di dalam pejabat KDYMM Sultan Kedah. Dirgahayu Tuanku..